Tuesday 22 May 2012

suke hati nk ckp ape pun!

Assalammualaikum....

Aiyaaaaaa....ali2 manyak penat lorrrrr...penat bwk perut yg comel nie....kuikuikui...arhhhhhh..ape aku nk ckp aku pnye psal laaaaaaaa...baru perasan yg dh lame aku xupdate blog..sbb aku xigt yg aku dh ade blog...pfffffttt..biase la bile bdn penat,otak pon penat,sume akn jd penat and ape2 pon xbleh igt...ok aku xtau ape yg aku sdg lalutkn...sbb ari nie ari yg membosankn ibarat berade di tgh sawah sambil menangkap lintah darat yg x bertanggungjwab...hey2!!!!ape nie...aku pkai taip je ikut ape yg jari aku nk taip.....bile bosan yg teramat cmnie la jdnye....taip laju je pdahal xtau ape yg sedang ditaipkan...rase mcm hebat pulak bleh taip selaju nie tnpa ade sbrang kesalahan mengeja...hahahahahahahaahaha...bangge nye bile mnjd seorg tukang taip yg brjaya...wht the hell i'm talking about???please somebody help me...please call 911....hurmmmmmmmmmmmmmmmmm.....bye dunia!i'm out of boarder!!!!this is madnessssssss!!!whatever!!!!

ok bye!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday 13 April 2012

Amalan Murah Rezeki

Bismillahirrahmannirrahim...
Assalammualaikum wrm.....

Hmm penah tak rase mcm nie,"knp eh,aku dh usaha,keje keras tp rezeki tak byk..mcm tu jugak".ataupun "rase mls dh nk usaha,rezekinye takde jgk..buat penat je"...org lain aku tak tau la..tp aku pnah rase mcm nie..Rase brdose sgt bila pikir2 blk..yela mane boleh ckp mcm tu...Sbb Allah tak suka hamba-Nya yg mudah brputus asa..Astaghfirullahalazim....Aku dh trgolong dlm org2 yg mcm tu..Aku mohon keampunanMu Ya Allah..Sbnarnye,ade sbb knp Allah tak bg rezeki kt kite...Mungkin sbb kite jauh dri Allah..Bila nk smething,tau mintak je..Rezeki takkan datang bergolek klu tanpa usaha...dan mungkin jgk kite tak brsyukur dgn ape yg Allah dh bg..kdg2 kite alpa dan lalai tuk mengucapkan syukur walaupun rezeki yg kite dpt tu sikit sgt...itulah manusia..peringatan utk diri aku sndiri jgk...Dan semestinya setiap org mahukan rezeki yg byk,berkat,mudah dan makmur...

Kt bwh nie,antara amalan2 yg boleh menjd sebab Allah melimpahi hambaNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya...Tak salahkn kongsikan bnde yg baik bersama..Semoge kite same2 dpt keberkatan dri Yang Maha Esa..InshaAllah....

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah SWT
Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim

Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Surah Ibrahim, ayat 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah ali-Imran, ayat 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (Surah at-Thalaq, ayat 3)

Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Renung-renungkan dan marilah kita sama-sama beramal. Mudah-mudahan Allah SWT melimpah-ruahkan rezeki-Nya kepada kita. Amiin. - Bawang Goreng


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

So kesimpulannya,BERSABARLAH...

Thursday 12 April 2012

Auni Batrisyia

Bismillahirrahmannirrahim....

Assalammualaykum...

ohhh..Arinie trlambat bgn sikit..pukul 6.45..Bgn2 trus amik wuduk,then solat...Aku ade masalah nk bgn pg..Walaupon dh kunci jam, tak sedar plak bila mase aku ttup..aishhhh..Nie la dia akibat klu tak bleh nk lawan syaitan...syaitan penuh kt mata...WATCHAAAAAAA!!!kasi tendang jauh2 itu setan...

Mcm biase,lepas solat aku akn kemas katil and tunggu kedatangan si budak ketot utk dijaga...aku kn jd babysitter skarg...Tp best sbb aku pon tgh takde keje..At least mase2 aku terisi jugak dgn keje menjaga budak nie...Tambah plak budak nie baik...Auni namenye...Auni nie merangkap anak sedara aku...comel je...nk jaga pon senang..Tak byk songeh..cume dia nk kt aku sorg je...kt org lain sorry..even dgn mak aku pon dia taknak..Maklum laaa...sape yg jaga kn...haha..


Saye baru bagn tido...masyam lg nie...tp nmpak kamera kne senyum

konon2 mcm candid la kn....

Igt saye takde gigi ke??tgk nie..Walaupun tak penuh,tp gigi sy kuat..gigi belakang je takde lg..

Dh mcm gmbar passport plak yg nie...rambut depan dh nk ttup mate..hehe

So biasenye mak dia akan hntar auni nie dlm kul 7lbih..sbb mak dia keje cikgu...bila sampai aku akn bg dia tido,kdg2 kul 10 or 11 baru dia bgn...Sblm dia bgn,time tu la aku amik mase tuk mandi,mkn or ape2 je la sbb bila dia dh jage,tak nmpak muke aku,alamatnye menjerit laaa....pnah ari tu aku tgh mndi,dia melalak2 kt luar suruh aku kuar..hahaha...Auni...Auni...Bila dh jage rase sayang,rindu,sume ade...dgn keletah dia,gelak dia...Rase nk tumbuk je pipi..Tumbuk manje2 je laa...tumbuk lebih2 masuk paper lak nnt..hihi..Bila dia dh bgn,aku akn bg dia susu,pastu mandi kan dia...Yg nie pon takde masalah..sbb time mandi sng,time pkai pampers pon sng...aku tak jumpe lg budak yg senang pkai pampers cmnie...Lps dh setel sume,aku bg dia mkn....kdg2 lepas mkn dia tido blk...kul 2 mak dia blk ambik dia...Bila dia dh blk,sunyi la blk rumah aku...nie la rutin harian aku jaga auni...kdg2 terase mcm dh jd mak budak plak..hahaha...Makin hari mkin sayang...Nie la aku..punye ciri-ciri sorg yg penyayang...Amboi..over kejap..ape2 pon,CUNA SAYANG AUNI...MUAHHHHHH!

Thursday 5 April 2012

Bismillah.....

Hurmm..kenape ye aku masih blom temui ketenangan yg sbnar..Ya Allah Ya Tuhanku..hadirkan lah perasaan tenang dlm diriku Ya Allah...Mungkin satu hari nnt ketenangan tu akn hadir...SABAR la ana...Alhamdulillah..aku brsyukur kerana masih diberi nafas utk menjalani hari-hari ku...dan Alhamdulillah...agk byk jgk perubahan yg aku dh lakukan...antaranya,aku dh tak tinggal solat,dan aku dh rajin bc Quran dan Yassin....sbnrnye aku tgh cuba tuk mendalami setiap makna2 dlm Quran...Aku harap bnde nie akn brterusan smpai la ke akhir nafas aku...btl la kate org...klu kite kejar dunia,kite akn jumpe dunia...klu kita kejar akhirat,kite akn jumpa dunia dan akhirat...sebab dunia berada di hadapan...maksudnye kt sini,

 "KALAU KITA KEJAR AKHIRAT..KITA PASTI AKAN DAPAT DUNIA..TAPI KALAU KITA KEJAR DUNIA KITA TAKKAN DAPAT AKHIRAT"..(Ustaz Ismail Kamus)....


Aku bkn nk tunjuk hebat ape tah lagi nk tunjuk pandai atau baik...kerna aku sendiri masih terkapai2 mencari cahaya petunjuk ke jalan yang benar...dan tak salah rasenye klu aku berkongsi ape yg sepatutnya aku kongsikan sebagai umat Islam dan sebagai igt mengingati sesama kite...Sesungguhnya yg baik itu dtgnye dari Allah S.W.T. dan yang buruk itu dtgnya dari diri kite sndiri..Inshaallah semoga kita sama2 mendapat keberkatan dariNya...


Aku sbnarnye sgt2 teringin nk pg Mekah...sgt teruja..bnde pertama yg aku nk buat,klu aku ade duit,aku nk sgt jejakkan kaki ke Tanah Suci....aku nk sgt berdoa kt depan Kaabah...TERINGINNYE....Smoga thn depan aku berkesempatan melaksanakn impian aku...dan semoga Allah pnjgkn umur aku dan murahkan rzeki aku..Amin amin Ya Allah...

Ok back to ketenangan hati td,nie ade sikit ubat2 tuk mengubatkan hati yg luka lara..ubt nie takde jual kt farmasi,klinik atau hospital pun...tp sume nie bleh dapatkan dengan percuma je..tgk nie :-

Nie la dia...pertama,kedua dan kelima dlm proses...ketiga dan keempat akn aku perbaiki..Inshaallah

Dan skrg,aku slalu amalkan ayat nie,especially lepas solat,nk tido and bgn tido...aku blom dpt hafal lg..still rujuk ayat..harap2 mase akn dtg aku brjaya hafal tnpa merujuk mana2 lg...chaiyo2...


Assalammualaikum wrm.......

Monday 2 April 2012

BaBySiTtEr atau NaNny

Bismillah...

Hari nie start tugas sebagai seorang babysitter..hahaha...jaga ank sedare...kire ok la dr tak buat ape2 kn...nothing much to say...pengalaman yg agk best sbb I love kids...tp klu budak2 yg buas tu,tolak tepi la...tak lalu skit..dh boleh jd mak dh aku nie..haha...gatai kejap..I'm still young and masih byk bnde yg prlu aku lalui dlm dunia nie...and the most important thing is I'm gonna change my life...change to a better person which I mean turn to a great muslimah...wanita solehah...Inshaallah...Pray for me....Ameen..

Saturday 31 March 2012

CiNtA....


CINTA yang dibina bukan cinta  kosong tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari Tuhan..

YA ALLAHJika aku jatuh cinta,cintakan lah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu…

AR-RAHMAN,jika aku jatuh hati pada seseorang,izinkan lah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut kepada-Mu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu….

YA RABBANA,jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hati-Mu….


AMEEN......

Friday 30 March 2012

HaRapAN

Bismillah....

As usual,kul 6.30 aku bgn,pnjatkn kesyukuran kerana diberi peluang untuk brnafas lg,amik wuduk,solat subuh...dan berdoa....doa dan terus berdoa...yup...aku tak penah jemu berdoa agar dilimpahkn rezeki,diberi cahaya petunjuk dan mendapat keredhaan dariMu Ya Allah...Setiap hari aku mengharapkan perubahan yg lebih baik terjadi dlm diri aku...Walaupun perubahan yg sekecil zarah...Kerana aku mahukan kehidupan yg diredhai dan diberkati Allah..Insyaallah...dan perkara biasa yg aku lakukan dlm setiap doa,tak pernah skali aku lupa utk titipkan doa ke atas seorang lelaki yg masih tetap teguh berada dlm hati aku...Walaupun terkadang membuatku terpikir,akn termakbul ke doa dri wanita spt aku???gadis yg hidup dibelenggu dosa...Masyaallah...Aku memohon ampun di atas segala dosa2 lampau yg telah aku lakukan Ya Allah...Dan aku sedang mmperbaiki diri menjadi seorg yg berpegang dengan tali Allah...Insyallah...Aku tak prnah jemu memohon doa agar dibukakan pintu hati si lelaki yg masih bertakhta di hati aku supaya menerima aku semula..Sememangnya jodoh telah ditakdir dan ditentukan oleh Allah..tp sbgai manusia,aku hanya mmpu berdoa supaya didekatkn jodohku dgn si dia...Aku mengharapkan agar akan ade hari halal antara aku dgn si dia dan aku harapkan bimbingan dari dia untuk aku terus menuju jalanMu...

Smpai sekarang,aku tak tahu kenape sayang aku pd dia tak pnah berubah..prnah aku cuba tuk lupe kn dia tp ku tak berdaya..aku lemah...dan yg plg membuatkan aku lemah bila mendapat tahu si dia sudah jumpa pengganti...dan setiap kli tu jgk lah air mata aku akn jatuh...setiap doa yg aku titipkan akn mengalir brsama air mata yg aku tak tau kenape...Engkau kuatkn lah hatiku Ya Allah...Aku terlalu menyayangi diri dia tp aku tak mmpu menyatakn ape yg aku rase skrg pdnya...Aku mengharapkn yg si dia turut merase ape yg aku rasekn skrg...Tapi mungkin aku bertepuk sebelah tgn...Dan aku masih igt jnji2 dia dgn ku,yg perpisahan tidak akn terjd melainkn mati yg akn memisahkn kite....

Aku tak mengharapkan simpati...cukup lah sekadar dia memahami perasaanku...terlalu cepat dia berubah..perubahan yg padaku terlampau drastik....Setiap hari aku mimpikn dia...dan setiap saat jgk aku tak dpt lupakan dia...dasyatnye penangan sorg lelaki...


Kepada MOHD ALIF,ingin kunyatakan betapa aku RINDU DAN SAYANG padamu...Ikhlas aku nyatakn perasaan nie dan harap kau faham perasaan aku....aku masih menyimpan msj2 dri kau kerana setiap kli aku rindu kn kau,aku akn bc msj2 tu...salah 1 msj yg aku slalu bc (To farhana...U know how much that i "miss"..Starting to regain my feelings back...Rindu nk tgk sorg y tinggi lampai,ikat rambut tocang belakang senyum2,buat air,mntak baju kotor,usik2.Jd teringat blik moment2 kuar bsma,mkn brsama.Xperlu utk mencintai org sempurna,kerna lg bagus cintai org yg x sempuna tp dgn cara sempurna.143)...Walaupun perasaan syg dan rindu kau dh tak ade untuk aku,tp aku setia menunggu...menunggu jnji2 kau yg akn setia dgn aku...Ntah knp,kau adalah org yg aku prcaya walaupon hakikatnye,byk perkara yg aku dgr ttg kau...Teringat saat2 manis bersama...Aku mahukan hubungan spt dlu tapi ke arah yg lbih baik....dan aku sgt menharapkan kau boleh bimbing aku menjd lebih baik..sbb tu lah azam aku utk berubah.....Aku tiada tempat utk mengadu melainkn Allah..tempat aku menangis dan meminta harap.....Semoga satu hari nnt,Allah akn makbulkan doaku kerna Allah sentiasa mendengar doa kita dan jnji akan memakbulkan doa kita...cuma kesabaran yg diperlukan...Ya Allah,tunjukkan lah aku jalan yg lurus dan jauhi lah aku dri jalan yg sesat....Amin Ya rabbalalamin......

Thursday 29 March 2012

TiaDa keSudahaN

Bismillah...

Hari nie masih terase kepenatan hasil pg interview smlm...huh..masuk nie dh kli ke 3 pg interview n kli ketiga juga la aku failed..kadang aku lelah tuk mencuba..tp bila dgr cite ade yg interview brpuluh2 kali,n at last diorg brjaya,so aku pon percaya pd rezeki...rezeki tu ade..cume blom masenye lg..so ape yg patot dibuat skrg,usaha dan usaha dan usaha...lps tu truskn berdoa dan tawakal...Insyaallah..ade la nnt tu..Allah nk menduga sama ada kite sabar atau tak...I will try my best to be the best...

Back to the interview,aku pg hari selase petang dlm keadaan yg kelam kabut.nie la akibatnye bila esok nk intrview,hari nie baru nk sebok2..kn dh pdn muke...haha...aku naik train pg kl dgn kakak n mmbe dia...so smpai sana dh tak tau nk tuju ke hotel yg sepatotnye terpakse la mntak tlg dri SESEORANG.....Seseorang yg klu bleh aku tak nk jmpe....sbb bila jmpe mcm2 perasaan dtg..plg tak boleh,perasaan sedih,sebak n yg sewaktu dgnnye...bkn sbb ade yg x kene dgn muke dia..tp aku mmg tak boleh tgk muke dia yg akan igtkn aku kt prkare lepas...tp atas dasar trpaksa,so aku pon terpakse la buat muke mcm xde pape yg jadi.Hakikatnye,Tuhan je tau ape perasaan aku mase tu...byk bnde yg aku nk smbang dgn dia..tp keadaan sekeliling ditambah plak dgn ade org lain,terpakse la aku batalkn hasrat...mmg dia tak rase ape yg aku rase mase tu(I guess)....

Lpas tu kitorg nie dihantar la ke hotel yg kitorg nk check in tu..before tu pg mkn..Mmg aku tak bercakap pon dgn dia..rase lain sgt2...Dia pon klu bleh tak nk aku dduk dpn..Meluat tgk aku kot...ape bleh buat..kite menumpang je kn..Bila dh smpai hotel,aku ambik beg then trus blah...hurm..lg lame aku duk tgk dia,lg sebak la aku rase...

Bila dh check in,mule la tringat2 kt dia...tp dia...mcm takde pape yg jd..knp la kau tak phm perasaan aku skrg...setiap kli lpas solat,aku tak pnah lupe doakan kau...and I hope to be like before (dgn cara yg lbih baik)..tp ntah la...brtmbah sedih bila tgk post2 kt fb kau sume psal cinta...cptnye diri kau dpt pengganti..tak spt ape yg kau ckp kn sblm nie...tp sape lah aku utk pakse kau terime aku..walaupon hakikatnye,aku rindu kau yg teramat....(I miss u M.A.)

Saturday 17 March 2012

Start bl0gging

Bismillah....teruja rasenye tgk zaman skrg budak2 kecik pon dh ade blog...dunia smakin maju,manusia smakin pantas..aku je baru nk menuju dunia blogging nie..rase mcm ketinggalan zaman plak..tp tak kesah la...ape slhnye klu baru nk mule pon...sekadar suke2 dan dikala boring bleh la express ape2 kt sni...kdg2 aku hilang kate tuk berbicara,hilang kwn tuk brkongsi duka,dan hilang arah menuju ke jalan-Nya...mybe kt sni,aku boleh luahkn ape yg aku rase tentang kehidupan dunia n of course its bout my life...peace....Salam